Pelangi Dan Awan Sempoi!! Di Gunung Everest (2 Gambar)


Pelangi Dan Awan Luar Biasa Di Gunung Everest (2 Gambar) | KATHMANDU – Seorang ahli astronomi, Oleg Bartunov, 51, berjaya merakamkan imej pelangi luar biasa di Gunung Everestketika dia menyertai ekspedisi ke Himalaya di Nepal di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Imej tersebut dirakamkan oleh Burtunov yang merupakan anggotaInstitut Astronomi Sternberg di Moscow, Rusia dengan menggunakan sebuah kamera biasa.
Fenomena yang pelik tersebut berlaku disebabkan oleh pantulan cahaya kristal ais yang kecil di dalam awan. Orang tempatan juga dilaporkan jarang menemui pelangi luar biasa itu.
“Saya hanya merakamkan beberapa gambar disebabkan ingin melihat dengan mata saya sendiri terhadap kejadian pelangi awan yang luar biasa itu,” kata Bartunov yang turut menyaksikan keajaiban itu bersama beberapa wanita Britain lain. – Agensi (Kosmo)

Read more »

Awan Sempoi!! (7 Foto)


Fenomena ini dikenali sebagai Punch Hole Cloud atau Fallstreak. Ia berlaku apabila suhu air pada awan berada dibawah takat beku namun masih belum membeku kerana kekurangan ice nucleation particles. Apabila sedikit particle air mula membeku, ia akan menyebabkan efek domino yg menyebabkan wap air di sekelilingnya turut membeku dan jatuh turun ke bumi. Ini menyebabkan wujudnya lubang besar pada awan cirrocumulus atau altocumulus. Jom lihat gambar di bawah ini.
Bagi pihak pengkaji barat, setiap kejadian yang berlaku di atas muka bumi sememangnya menggunakan logik akal  berdasarkan kajian yang dilakukan. Ternyata kejadian Allah SWT ini mempunyai hikmah yang tersendiri dan memberi peluang kepada para pengkaji mencari rahsia di sebaliknya.

Read more »

Hukum Kencing Sambil Berdiri


Hukum Kencing Sambil Berdiri  | Sekarang ini banyak kita lihat tandas-tandas awam menyediakan tempat membuang air secara berdiri. Kita tidak boleh kencing berdiri,kerana ia bercanggah dengan sopan dan etika yang mulia, di samping mengelakkan diri daripada percikannya. Namun jikadiyakini air kencing itu tidak memercik dan dapat dipastikan tidak akan terkena dirinya, maka tidak menjadi halangan baginya untuk kencing berdiri.
Diriwayatkan dari Huzaifah ra yang menceritakan :
“Suatu ketika Nabi SAW singgah di suatu tempat pembuangan sampah berhampiran dengan daerah suatu kaum. Di situ, beliau membuang air kecil sambil berdiri. Melihat itu, aku segera pergi menjauh, tetapi beliau malah berkata : Mendekatlah ke mari Aku pun segera menghampirinya hingga berdiri berhampiran dengan tumitnya. Kemudian aku melihatnya berwuduk dan menyapu kedua-dua khufnya.” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
Petikan hadis di atas ini adalah untuk menunjukkan bahawa harus kencing sambil berdiri. Tetapi ia bukan untuk menunjukkan kebiasaan Rasulullah SAW kencing sambil berdiri. Kebiasaan Rasulullah ialah kencing secara duduk.
Imam An-Nawawi mengatakan kencing dalam keadaan duduk adalah lebih baik mengikutnya pandanganku, namun jika seseorang kencing dalam keadaan berdiri, maka itu juga tetap di bolehkan. Kedua-dua keadaan ini pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW.
Ada sebahagian ulamak mengatakan bahawa hukum kencing berdiri adalah makruh kecuali jika ada sebarang keuzuran. Menurut mereka perbuatan Nabi kencing berdiri adalah kerana ada keuzuran bagi baginda, kemungkinan susah bagi baginda untuk duduk pada ketika itu memandangkan tempat itu ialah tempat pembuangan sampah atau mungkin juga baginda mengalami sakit tulang belakang. Menurut Imam Syafie orang Arab jika mereka mengalami sakit belakang, mereka akan kencing berdiri.
Di kalangan para sahabat sendiri terdapat khilaf tentang kencing berdiri. Terdapat riwayat menceritakan bahawa Saidina Umar, Ali, Zaid bin Tsabit, Ibnu Umar, Abu Hurairah dan Anas ra pernah kencing sambil berdiri. Antara sahabat yang memakruhkannya pula ialah Ibnu Mas’ud dan diikuti oleh Imam as-Sya’bi dan Ibrahim bin Sa’ad.
Rumusan dari perbahasan kencing berdiri di atas, maka hukumnya adalah harus jika orang tersebut mengalami kesukaran untuk kencing duduk. Manakala hukum makruh pula jika orang tersebut melakukan kencing berdiri dengan sengaja dan ia tidak mengalami apa-apa kesukaran dan musibah. Namun yang terbaik ialah kencing sambil duduk. Ini ditegaskan oleh Imam Ibnu al-Munzir :
“Kencing sambil duduk lebih aku sukai. Namun kencing berdiri hukumnya adalah harus. Kedua-duanya ada dalil dari Nabi SAW”.
Melayukini.net - Dalam kencing berdiri mahupun duduk, ada hikmah yang tersendiri bila mana kita membuang air dalam keadaan duduk, maka kita disunatkan untuk berdehem dan diyakini bahawa air tersebut keluar dengans empurna. Namun jika berdiri, bimbang dan was-was jika air tersebut tidak mengalir sepenuhnya. Ini akan menyebabkan solat kita tidak akan sah kerana masih terdapat lagi sisa-sisa buangan terdapat di bahagian kemaluan.
Sumber: MyIbrah | Koleksi Koleksi Agama Melayukini.net

Read more »

7 Tempat Sempoi Di Dunia


Karnak Temple,Luxor,Mesir




Cairo Citadel,Kaherah,Mesir


Roman Theater Alexandria,Mesir


Empangan Tinggi Aswan,Mesir


Abu Simbel,Aswan,Mesir




Catacombs of Kom El Shoqafa,Alexandria,Mesir





Terusan Suez,Mesir




The Great Pyramid of Giza,Mesir 


Read more »

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...